Melaka Sebagai Pusat Perdagangan
Pada abad ke-15, empayar kesultanan Melayu Melaka telah mencapai suatu kemajuan yang begitu hebat dari perdagangan bebas. Perdagangan dan ekonomi yang mampan menjadi asas kepada ketamadunan bagi rakyat di rantau berkenaan. Penglibatan masyarakat dalam dunia perdagangan yang menunjukkan Melaka sebuah empayar maritim serta dikenali dari pelusuk dunia. Pedagang-pedagang daripada benua Eropah dan Asia Timur menggalakkan proses perdagangan yang pelbagai yang menarik pedagang-pedagang di pelbagai benua di dunia.
Perdagangan Melaka yang begitu terkenal menyebabkan hubungan perdagangan yang begitu erat antara pelayar-pelayar daripada Tanah Arab, China dan India dan kepulauan di Alam Melayu. Keakraban ini membawa kepada zaman perdagangan Asia Tenggara pada abad ke-15 hingga abad ke-17. Tarikan ini membantu meningkatkan ekonomi serta menggalakkan pertukaran budaya antara budaya asing yang telah dibawa oleh pelayar dari pelbagai pelusuk dunia. Perkara ini menunjukkan empayar Kesultanan Melayu Melaka mempunyai pelabuhan perdagangan antarabangsa yang berjaya pada abad ke-15 dan awal abad ke-16.
Melaka menjadi kuasa ekonomi di Alam Melayu walau bagaimanapun, tumpuan utamanya adalah sektor pertanian. Perkara ini dapat dilihat daripada catatan Ma Huan seperti berikut:
Bahagian tenggara Melaka menghadap laut, manakala yang disebelah barat laut itu adalah pergunungan. Hawa paginya panas dan malam sejuk. Tanahnya berpasir dan bergaram. Sawah ladangnya gersang, tidak menghasilkan banyak tanaman. Sedikit orang bercucuk tanam. Di situ ada sebatang sungai yang melewati istana dan terus mengalir ke laut. Sang raja membangun jambatan kayu di atas sungai. Di atas jambatan dibangun pula lebih daripada 20 balairung tempat orang berjual beli.
Terdapat juga catatan lain iaitu Tome Pires yang menggambarkan secara keseluruhan, pelabuhan Melaka seperti berikut:
Men cannot estimate the worth of Malacca, on account of its greatness and profit. Malacca is a city that was made for merchandise, fitter than any other in the world, the ends of monsoons and the beginning of others. Malacca is surrounded and lies in the middle and the trade of commerce between the different nations for a thousand leagues on every hand must come to Malacca.
Oleh sebab itu, Tome Pires mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang memerintah Melaka ianya seolah-olah menjerat leher Venice. Perkara ini jelas menunjukkan pelabuhan di Melaka begitu kukuh pengaruhnya di rantau ini sehingga pelabuhan di Venice hampir merosot peranannya di Eropah.
Comments
Post a Comment