Posts

Showing posts from May, 2025

Melaka Sebagai Pusat Perdagangan

Pada abad ke-15, empayar kesultanan Melayu Melaka telah mencapai suatu kemajuan yang begitu hebat dari perdagangan bebas. Perdagangan dan ekonomi yang mampan menjadi asas kepada ketamadunan bagi rakyat di rantau berkenaan. Penglibatan masyarakat dalam dunia perdagangan yang menunjukkan Melaka sebuah empayar maritim serta dikenali dari pelusuk dunia. Pedagang-pedagang daripada benua Eropah dan Asia Timur menggalakkan proses perdagangan yang pelbagai yang menarik pedagang-pedagang di pelbagai benua di dunia.      Perdagangan Melaka yang begitu terkenal menyebabkan hubungan perdagangan yang begitu erat antara pelayar-pelayar daripada Tanah Arab, China dan India dan kepulauan di Alam Melayu. Keakraban ini membawa kepada zaman perdagangan Asia Tenggara pada abad ke-15 hingga abad ke-17.  Tarikan ini membantu meningkatkan ekonomi serta menggalakkan pertukaran budaya antara budaya asing yang telah dibawa oleh pelayar dari pelbagai pelusuk dunia. Perkara ini menunjukkan empa...